Monday, 3 April 2017

BUKU BIOGRAFI BERI INSPIRASI

Image may contain: 3 people
surat khabar hari ini pada 3/4/2017
"Kawan baik saya bernama Ida pernah pinjamkan duit RM20 sebab biasanya dua hari lagi hendak sampai gaji, duit dah licin.... Bayangkan pada masa itu macam mana kami catu makanan dengan dua puluh ringgit untuk cukupkan dua hari sementara tunggu gaji pada hujung bulan!"

Itu antara kisah menarik dikongsi oleh pasangan usahawan berjaya yang juga pengasas ZY Phyto Tech Industries (ZY Phyto) Zaidi Yusoff dan isterinya Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly dalam buku biografinya Odyssey "Dari lembah ke puncak".

Membongkar sekaligus berkongsi kisah susah senang hidup pasangan itu juga antara pengalaman paling menarik bagi penulis buku tersebut, Normala Hamzah.

"Petikan dari bab 10, iaitu ketika susah senang pada awal perkahwinan itu juga yg paling saya suka dan ingati.

"Saya rasa sebak apabila mereka bercerita semasa berpindah tinggal dirumah sewa mereka hanya membawa sebuah periuk nasi , sebuah tv dan sehelai toto. "Ameelia menunggu Zaidi balik dari kerja dan kemudian berpimpin tangan ke gerai berhampiran rumah untuk membeli lauk.

"Kisah mereka mampu membuka mata kepada orang lain bahawa untuk berjaya bukan mustahil asalkan sedia bekerja keras dan mempunyai keazaman yg kuat mengatasi segala rintangan. Hidup susah dijadikan azimat untuk berjaya" kata Normala ketika ditemui ketika majlis pelancaran biografi tersebut yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke - 10 ZY Phyto baru baru ini.



Anda juga belum terlambat untuk berjaya.  Dapatkan buku motivasi ini di 0123694110 sekarang sementara stok masih ada!

SILA LIKE PAGE KAMI DI FB Buku Odyssey

SILA LIKE PAGE KAMI DI IG Buku Odyssey

Whatsapp kami di bukuodyssey

No comments:

Post a Comment